Dengan lebih 500 hidangan, 1,000 tetamu dan perbelanjaan mencecah jutaan dolar, inilah cara anak lelaki individu terkaya Asia dilaporkan meraikan pra-perkahwinannya mereka.
Sambutan besar-besaran selama tiga hari yang diadakan Anant Ambani dan bakal isterinya Radhika Merchant menyaksikan kehadiran jutawan teknologi, bintang sukan dan juga anak perempuan Donald Trump, Ivanka.
Acara itu menarik perhatian penonton di India dan di luar negara yang menyaksikan parti besar-besaran yang diadakan bapanya Mukesh Ambani di bandar Jamnagar, di Gujarat, pada hujung minggu.
Sambutannya begitu besar sehingga lapangan terbang tempatan diberikan status antarabangsa buat sementara waktu kerana menerima pelawat dari seluruh negara.
Pihak berkuasa lapangan terbang berkata hampir 130 penerbangan tiba untuk acara itu yang membawa penumpang seperti Bill Gates dan Mark Zuckerberg ke rantau berkenaan.
Kebanyakan tetamu menginap di khemah "glamping" mewah yang menunjukkan tahap kemewahan paling sukar untuk dibayangkan selain dihidangkan lebih daripada 500 jenis makanan yang dicipta oleh berpuluh-puluh chef dari seluruh dunia.
Turut disediakan, perkhidmatan solek, dobi dan jurugaya untuk membantu mana-mana tetamu membuat persediaan untuk sambutan berkenaan.
Kemuncak sambutan ialah persembahan bintang pop Rihanna di India, yang mana dia dilaporkan dibayar dalam lingkungan $7 juta (£5.5 juta).
Beberapa bintang filem terkemuka India turut menari mengikut lagu hitnya di atas pentas.
Para tetamu turut dibawa ke projek haiwan kesayangan Anant Ambani iaitu tempat perlindungan seluas 3,000 ekar yang menempatkan beribu-ribu haiwan.
Semua mata kini pastinya tertumpu pada perkahwinan itu, yang akan diadakan di Mumbai pada bulan Julai nanti.
Agensi
Mon Mar 04 2024
Sambutannya begitu besar sehingga lapangan terbang tempatan diberikan status antarabangsa buat sementara waktu kerana menerima pelawat dari seluruh negara. - Gambar Reuters
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
PMX ke Jepun bermula Rabu, pertama kali sertai Persidangan Nikkei sebagai Perdana Menteri
Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, PM Anwar menyertai persidangan tersebut atas jemputan Nikkei Inc. dan ia merupakan penyertaan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Mat Sabu wakili Malaysia ke Iran, hadiri pengebumian Presiden Raisi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan ke Iran bagi mewakili Malaysia untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran, Almarhum Ebrahim Raisi.
Tumpuan Rabu – 22 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jemaah Menteri setuju laksanakan penyasaran subsidi diesel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak kerana penduduk di sana kebanyakannya menggunakan diesel untuk urusan seharian.
Kerajaan bakal jimat RM4 bilion setahun
Jelas Perdana Menteri, dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar 4 bilion ringgit setahun.
Satu langkah berani diambil kerajaan
Penasihat Penyelidikan Khazanah Research Institute, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram menyifatkan pelaksanaan penyasaran subsidi ke atas bahan api termasuk diesel disifatkan satu langkah berani diambil kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pra-perkahwinan Anant Ambani: Rihanna, Gates dan Zuckerberg antara jemputan
Dengan lebih 500 hidangan, 1,000 tetamu dan perbelanjaan mencecah jutaan dolar, inilah cara anak lelaki individu terkaya Asia dilaporkan meraikan pra-perkahwinannya mereka.